Quantcast
Channel: DAUS REDSCARZ
Viewing all 773 articles
Browse latest View live

Mee Kolok sedap di Kuala Lumpur | Dapur Sarawak

$
0
0
Akhirnya jumpa jugak aku, mee kolok kat kuala lumpur ni. Dah lama aku cari kat mana ada mee kolok ni. Bukan susah apa pun, cuma nak cari mee kolok halal. Kalau yang non-halal tu banyak je kat Kuala Lumpur ni. Nak tau kat mana? Aku agak dah mesti korang nak tau jugak kan kat mana tempat ni. Nama restoran ni Dapur Sarawak. Biasa dengar tak, ke dah penah pergi? Okeh restoran Dapur Sarawak ni bersebelahan bangunan Hospital Tawakal jalan pahang. Tengok map ni. Senang je kalau nak gi sini.
Dapur Sarawak menyajikan makanan-makanan Sarawak, makanan yang famos kat Sarawak. Kalau orang Sarawak yang menetap kat Kuala Lumpur, Selangor ni, memang rekemended sangat la pergi makan kat sini. At least dapat la melepaskan rindu rasa makanan Sarawak. 
Antara menu-menu yang ada kat Dapur Sarawak ni, mee kolok, laksa sarawak, mee jawa, crispy mee sos tomato, nasi goreng dabai dan banyak lagi.
Air kalau feveret aku, "teh C peng" yang biasa bukan yang 3 layer. Hehe.. Memang nostalgia betul. Peng ni korang tau kan, ais.
Antara pengunjung-pengunjung yang datang ke restoran ni.


Okeh ni yang aku mula-mula pergi, aku order mee kolok biasa saiz besar (daging) dengan Teh C Special (3 layer). Yang sebenarnya aku nak oder Teh C peng je tapi tak jumpa kat menu. Rupanya aku cari kat bawah Signature Drink. Tak prasan ada kat sebelah. Teh C (susu cair).
Selang seminggu kemudian aku pergi lagi, Mee kolok special saiz besar pulak dengan Teh C Peng. Perghhh memang mantop!! Nyaman na juak mee kolok tok.Yang Mee kolok special ni ada ayam, daging dan udang. Lagi sedap.. Huh rasa macam nak repeat lagi la, nak try mee kolok goreng pulak, crispy mee sos tomato ... Nyummm.. Jommmm...

Pertandingan Mini Futsal PROKOM | Aku TOP SCORER?

$
0
0
BTM UNITED FC
6 Disember 2014, baru ni kami dari Bahagian Teknogi Maklumat, JKR sertai Pertandingan Mini Futsal anjuran PROKOM JKR. Team kami di gelar BTM United FC. Datang menyahut cabaran dari PROKOM. Haha, seronok-seronok aktiviti akhir tahun katakan. Ada 5 team semuanya yang join mini futsal ni, CAST, CKBA, CPUM, PROKOM dan BTM

Team kami dengan jersi warna PINK pulak tu, PINK WORRIORS katanya. Antara salah satu kelebihan warna pink ni, team lawan akan alergik tengok warna ni, so fokus mereka hilang, kawalan bola hilang. Hahah mandai je aku kan. -just kidding hehe..
Ni result kami dari BTM United FC. Ada 4 perlawanan perlu diharungi. Yang ada Daus-daus tu, maksudnya berapa gol aku sumbat. Memandangkan ada 5 team je yang join, penganjur menetapkan perlawanan secara liga, sapa top kat table dorang lah juara. BTM United FC telah menjadi Champion!! Menang kesemua perlawanan dengan mata penuh.. Hehehe.. Dan kenangan paling manis, aku dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak. Macam tak caya je. 7 gol dari 4 perlawanan dengan 1 hatrik. Ouchh terasa macam Wayne Rooney
Ni dia trofi untuk Top Scorer kalau dalam bahasa lain Kasut Emas. Walaupun bukan emas tulen tapi aku tetap bangga menerimanya. Nikmat rasanya. Tak tau pulak ada trofi untuk top scorer ni. Apapun gol yang aku sumbat ni pun banyak hasil dari assist kawan-kawan. Haha. 
Trofi TOP SCORER
Trofi CHAMPION
Tahniah buat BTM United FCyang telah menjuarai pertandingan Mini Futsal PROKOM 2014. Berjumpa lagi di lain hari. Jom sambung training.

Buah Tampoi Belimbing | Baccaurea Angulata

$
0
0
Pernah tak korang nampak, ternampak atau makan buah ni? Buah apa ni?
 
Okeh buah ni ada macam-macam gelaran. Ada yang kata Belimbing Hutan, ada yang kata Belimbing Sarawak, ada jugak yang cakap Tampoi Belimbing. Bidayuh panggil "Grummiing". Apa pun gelarannya ia telah diberi nama "Baccaurea angulata" nama saintifik, atau dalam bahasa Inggeris "Red angle tampoi" atau "Tampoi belimbing" dalam bahasa melayu. Rujukan dari pakcik Google.
 
Untuk pengetahuan korang semua, pokok ni hanya dijumpai di Borneo sahaja dan tak de kat tempat lain. "Only found in Borneo and nowhere else". Ini Fakta. So kalau nak merasa buah ni kena la pergi ke Borneo. Pergi kampung aku pun ada TAPI kena ikut musim la. Pokok ni berbuah secara bermusim, bukan ikut suka hati dia je. Hehe..
Buah Tampoi belimbing ni berwarna merah perang, isinya berwarna putih. Rasa manis isinya manis.


Inilah pokok Tampoi belimbing. Ini kat kampung aku. Ada la 2,3 pokok dalam kebun. Buah Tampoi belimbing ni bertangkai dan keluar pada batang pokok bukan pada pucuknya. Pokoknya agak tinggi. Nak buah kena panjat pokok ni lagi baik kalau jolok takut pecah-pecah.
Haa ni hasil yang telah dimakan oleh tupai-tupai atau burung. Haha dorang pun teringin gak makan buah ni. Share la sama.. Aku sendiri pun dah lama tak makan buah ni. Tunggu jela nanti kalau ada musim aku update lagi.

Total Upper Body Workout Bar | DOOR GYM

$
0
0
Kemain lagi beli workout bar ni. Larat ke aku nak buat angkat-angkat badan ni. Berat aku dah la naik dah. 85KG... Oppss.. Beratnya.. Tadi aku pergi MR. DIY, tiba-tiba ternampak bar ni. Aku tengok harga baru RM29.90 je, eh! murah bangat bar ni. Biasanya aku tengok harga dalam RM60++ dan ke atas. Apalagi aku sambar je la sekotak. Mula-mula tadi ada 4 kotak dalam masa setengah jam, ABISSSS!! Barang baik ni.
Apa yang menarik workout bar ni, kita tak perlu skru kat dinding. Maksud aku tak perlu permenantly lekat setempat je. Yang ni boleh mudah alih. Macam telefon pulak mudah alih. Haha.
Nak pasang pun senang, ada 4 biji skru je.   
Ni cara nak guna. Cari pintu yang ada bingkai tu. Letakan batang yag segi empat panjang tu kat atas bingkai pintu dan pastikan batang pajang bulat tu pulak duduk kat bahagian luar pintu. Mudah je kan.
Tu je, Ok dah boleh siap bergayut kat batang yang terbujur keluar tu. Walau macam mana pun keselamatan harus diutamakan. Kena berhati-hati, jangan gayut ganas sangat. Bar ni boleh menampung berat sehingga 300 lbs bersamaan dengan 136 Kilograms. So jangan la takut ok. Kalau takut sila boh kusyen kat bawahKalau yang berat lebih dari tu aku tak syorkan bar ni. 

Friendly Reminder! Final AFF Suzuki Cup 2014 | Thailand Vs Malaysia

$
0
0
Jangan lupa saksikan perlawanan Thailand vs Malaysia malam ni. Malam ni Thailand jadi tuan rumah, menerima kunjungan Harimau Malaya. Solat Maghrib siap-siap okeh.
 AFF Suzuki Cup 2014
DEC 17 2014
Final - Leg 1 
Thailand vs Malaysia    
2000hrs 
Rajamangala Stadium Bangkok, Thailand
Jadilah sehelai dalam simpanan. Peminat bolasepak ni kalau takde jersi macam tak sah je. Ni pun tahun bila ntah aku beli. Bila ada game Malaysia dan aku gi stadium baru aku pakai. Kalau takde game aku simpan. Kalau hari-hari pakai kalu cepat la rosak.

Masjid Ubudiyah Kuala Kangsar

$
0
0
Kalau ke Kuala Kangsar jangan lupa singgah di Masjid Ubudiah. Rugi kalau ke kualer tak singgah. Masjid Ubudiah ni boleh dikatakan antara masjid yang tercantik di Malaysia. Terletak di Bukit Chandan 2km dari Pekan Kualer, 300 meter dari Istana diraja. Kuala Kangsar ni juga sinonim dengan nama bandar diraja, sekarang ni dah ramai pelancong datang ke sini.

Merupakan pintu masuk ke Masjid Ubudiah, banyak lagi gate-gate kecik tapi ni yang utama.





Rekabentuk dan struktur bangunan sangat menarik perhatian.
Di bahagian dalam bangunan Masjid Ubudiah. Masa ni baru abis solat Jumaat. Aku kalau balik ke kuala kangsar kena hari jumaat memang aku akan solat jumaat kat sini.


Cantik tak? Sejuk je dok dalam ni. Hehe.


Di hadapan Masjid Ubudiah ada tertulis asal usul masjid ni. Jugak terdapat 2 laras meriam. Yang menjadi tarikan kat masjid ni.
Bersebelahan dengan Masjid ni ada Makam Kerabat Diraja. Tempat persemadian kerabat-kerabat diraja Perak.
Selfie dulu kat sini. #Kelabbloggerbenashaari

Kalau ke masjid ni pasti aku terkenang arwah bapa mertua, kat mana dia selalu duduk ketika dan sebelum solat jumaat, arwah akan duduk tempat yang sama. Al-fatihah buat arwah. 

BBQ bersama Atok | Sarawak

$
0
0
Cuti minggu-minggu akhir kami balik kampung, nun jauh di Kuching Sarawak. Kali ni kami balik 1 family. Menjelang Cuti Krismas jugak la kiranya ni, ambik kesempatan cuti panjang. Akif dan Aliah teruja sangat nak balik tapi bila cakap naik flight hmm, takut la apa la. Apapun Alhamdulillah sampai kampung. Akif macam biasa pot pet pot pet dalam flight. Haha.. Abis bateri tab jenuh nak menyetelkan dia.

So Aktiviti pertama kami di kampung, Barbeque dengan Atok. Menu berbaque kami, paha ayam dan lamb shoulder. Ramuan disediakan oleh mak aku.. OK lek lu, kita buat api dulu...
Ambik gambar dulu sebelum tolong Atok, hehe... Akif ni kalau senyum mesti nampak gigi. Hahaha.. Oh ya lupa nak bagitau, pokok sebelah pondok BBQ ni pokok buah mata kucing. Dah ada kuar buah kat belakang tu, tapi kecik lagi. Hehe.
Sebelum tolong Atok, atok ajar dulu macam mana nak kipas api.
Haa, beriya Akif dan Aliah kipas, ada bakat tak? Haha ini betul-betul ke gimik je ni? Ok ok nampak real tengok api tu menyala. Pandaiiii anak-anak babah ni..
Okeh, adik aku pun tangkap jugak dengan baby girl dia.. . Anak buah aku, Wumitraa Vanesa.. baru masuk 4 bulan, kiut miut gitu.. Yang baju belang-belang ni mak aku.. Eh mana Akif dan Aliah, lari ekk. Sian Atuk BBQ sorang-sorang..
Ni la dia, Menu Barbeque kami... 

Sejam kemudian.....................

Tadaaaaa.... perghhh mantoppp.. serius terliur pulak aku tengok. Memalam buat entri ni jadi lapar pulak. Adeh.. Ayah aku bab BBQ ni memang boleh tahan.. Hasilnya tip top, tak hangus, Tak hitam legam. Hehe.. Enak dimakan panas-panas.. Yummy.

Lee Fah Mee | Mi Segera terkenal di Sarawak

$
0
0
Lee Fah Mee, jenama mi segera yang cukup terkenal di Sarawak. Oh, dah kenapa aku buat entri ni? Nak promote? Haha bukan nak promote cuma saja terkenang, macam aku, aku yang dah lama menetap kat semenanjung ni, memang banyak perkara yang aku rindu. Aku rindu suasana kampung, aku rindu bau asap bakar kebun, aku rindu zaman kanak-kanak, aku rindu makanan-makanan kegemaranku.  Dan yang aku nak cerita ni pasal Mi Segera Lee Fah Mee. Dulu dulu masa masih di sarawak, mi ni la yang sering dibeli & dimakan. Antara favourite mi segera selain Maggi. Takdela makan hari-hari. Makan jika perlu je. Hehe.

Bila dah dok kat semenanjung, dah semakin jarang dah makan sebab takde dijual di sini. Kalau nak merasa pun tunggu la balik kampung baru dapat merasa. Aku pasti ramai geng-geng sarawak yang merindui mi Lee Fah Mee ni. Hehe.. 

Lee Fah Mee ni ada dua perisa yang asli iaitu perisa kari jawa dan perisa abalone ayam. Baru baru ni tengok ada perisa baru iaitu perisa laksa sarawak.
Walaupun jarang makan namun rasa tetap sama, pakejing tetap sama. Sesekali makan fuhh terasa nikmat terkenang nostalgia lama. Yang gambar kat atas ni, aku beli bawa ke KL. Buat stok. Aku je makan, yang lain tak makan kot. Hehehehe

Family Gathering | Keluarga 1Malaysia

$
0
0
Lama dah tak bergather ramai-ramai dengan family kat kampung | Sarawak. Maklumlah masing-masing dah kerja jauh. tapi Krismas baru ni berkesempatan jugak akhirnya bergather-gather. Adik aku buat Family Dinner sempena sambut baby pertama dia yang comel, Wumithraa Vanesa. Lokasi dinner kami kat Banquet, Kuching. 


Note: Family gathering ni aktiviti ketiga kami ketika balik kampung. Pack jadual balik bercuti kali ni. Aktiviti kedua, pergi gather-gather rumah nenek sempena krismas. Gambar xde pulak. Okeh takde apa nak di ceritakan sangat sebab sibuk nak makan.. haha.. Tengok gambar jom..



The Banquet, Kuching
Sebelum dinner bermula....






Dinner bermula... 
Buffet style.. Antara sajian dinner, slice abalone, soup ala-ala sharkfin tu, nasi goreng, rendang ayam, udang butter cream, fish fillet, mix vege dan pencuci mulut- buah-buahan dan tembikai susu cendol.










Parent aku dan parent in law adik aku...
Akif standard la,pergi mana-mana tak lepas game dia. HuHu makan pun nak kena suap
Akif dan Aliah dengan Atuk & Nenek muda.. Hehe abis Akif pow henpon Atuk kecik.. 












Nah tengok family kami, grandma, uncles, unties, cousins dan relatives.. 1Malaysia ni, Bidayuh, Iban, Chinese, Malay, Indian ada..... Gembira dapat bergather-gather dengan mereka. Dah lama tak jumpa. Nice meeting all of them, tapi ada lagi yang tak dapat datang. Even adik aku sorang tak dapat balik. Takpe la we meet next time..  Selamat tahun 2015 semua...

HERSHEY'S DIE CAST METAL | Universal Studio Singapore

$
0
0
#throwback sebenarnya.. Saja nak UP, souvenir aku bawa balik masa aku pergi Universal Studio Singapore (USS) Sentosa 2011. Lama dah kisahnya tapi baru nak cerita. Bukan apa, baru terjumpa souvenir ni sebenarnya, dah lama peram dalam beg, takde tempat nak letak last-last tak sedar. Kemas waldrobe baru ni  jumpa segala bagai keychain, gambar dengan Merlion la, fridge magnet dan koleksi dari Hershey's ni.
HERSHEY's Die Cast Metal
Hershey's Off-Roader Trailer Set
Hershey's Land Rover
Reese's Die cast Orange Welly

&
HERSHEY's BOWL




Hershey's bowl Harga $5.00 masa tu. Sekarang masih sama atau tidak tak sure la. Lepas ni pergi memana nak kumpul la souvenir besar-besar ni. Besttt..
Gambar lama ni tahun 2011..macam tembam je.. kekekeke | store HERSHEY's USSPerghh house of chocolate. Banyak giler chocolate, ni baru Hershey's belum yang lain lagi... pengsan, harga pun pengsan. Btw souvenir Hershey's Off-Roader Trailer Set ni adik aku yang blanjer. Tenkiu Christy.. Hehe Harga aku tak ingat, dok belek-belek kotak dia takde tag harga. .. 

Ingat nak repeat lagi la Universal Studio Singapore. Masa aku pergi ni banyak lagi yang takde... Tunggu!

Baby Alive Aliah | ToysRUs KLIA2

$
0
0
Lebih kurang pukul 4 petang flight kami tiba di terminal KLIA2, flight dari Kuching. Selesai sudah percutian ke kampung seminggu. Sampai-sampai terminal, aliah dah resah dah. Kenapa? Hurm dalam fikiran takde fikir lain dah Aliah ni, dok ingat Baby Alive dia la. Patut resah semacam je. Toys"R"Us !! Aliah dah Aim nak pergi sini. Tau pulak dia  ada Toys"R"Us kat KLIA2 ni. Oo baru teringat hari tu pergi ambik mama dia kat sini dah nampak dah store ni.

...............

Balik bercuti sempena hari Krismas hari tu tak sangka pulak Akif dan Aliah dapat duit raya. Pergi bergather-gather dengan family kat kampung dapat pulak duit raya dari Atuk, nenek-nenek yang ramai sangat, dan juga untie. Skali kira, banyak jugak dapat duit raya. Aliah apa lagi? Baby Alive, baby alive... dari hari tu lagi nak baby alive. 

Akhirnya berjaya jugak Aliah dapat Baby Alive dia. 
So korang boleh agak tak apa dia baby alive tu? Bayi Hidup?? Meh sini nak cerita skit.Tengok gambar bawah ni.
Ni la dia Baby Alive Aliah. Ada botol susu, ubat.. Tu je?
Yang lagi rare ada diapers, pampers. Nape pulak ada pampers ni. Takkan nak pakai olok-olok je. Musykil jap.

Tengok ni, pakai pampers!

Rupanya baby alive ni boleh minum air dari botol tu.. Lepas minum tu maka baby tu pun buang air kecil, tu yang pakai pampers tu. Basah la pampers tu macam real. Sebab tu la panggil Baby Alive. Hmm mainan budak-budak sekarang ni macam-macam. Ni belum beli makanan dia lagi. Ada! 

Tengok bawah ni pulak. 
Nampak tak hansaplast kat kaki dia yang warna ungu tu? Kaki dia luka tu... Nak kena boh ubat ni...
Nampak ni luka, sian baby ni... Alolololo... boh ubat yer.. 
Haa, tengok ni. Dah baik dah luka dia... Kekekeke... Maka ini lah dia BABY ALIVE!.. Hmm.. 

** Thank you Atok, nenek-nenek, untie yang kasi duit raya. Muahciked.... :) Yang lebih Aliah masuk bank.. Hehe..

It Ends Here | TAKEN 3 Movie Review

$
0
0
Review!! 
Taken 3 | TAK3N 
It Ends Here...

Pelakon Utama : Liam Neeson


Perghhh dah agak dah citer macam gini, aku tau dah memang gitu, lepas tu kan, hero tu, pastu, pasni, masa tu kan, sampai mana ntah.. Aku! Tertido?? (Bahasa kiasan je ni) Tak sempat pejam mata pun.. Rugi! 

Nak tau kisah lanjut? Pergi la tengok sendiri. Koh³. Jangan marah. Kah! Menyesal baca review ni... Kikiki..

Ausini KNIGHTS | Koleksi Lego Akif

$
0
0
Kalau kakak dapat Baby Alive takkan Akif tak dapat ape kan. Macam biasa la, Akif nak dia punya mainan gak. Pilihan utamanya memang permainan lego, so kena cari mainan lego. Mentang-mentang kakak dapat kotak besar, Akif jugak nak cari mainan yang  Cari punya cari jumpa la yang ni. Lego Knights | Ausini . 

Akif dah sama besar dengan kotak lego tu. 
Suka sangat la tu. Beli malam, malam tu gak ajak babah pasang. Adeh penat lagi, masa tu kan baru sampai dari kmpung. Ada 686 pcs pulak tu, jenuh nak pasang. Nak pasang pun kena time rilek-rileks baru layan. Kalau rushing tak best.
Manual, wajib ikut. Kalau tak ikut takut tak menjadi. Koh³.. Memang takkan jadi la, haha.
 
Akif, malam tu dia cuba gak nak buat. Tak sabar dah. Mau pening tengok bricks bebanyak ni. Aku risau je takut hilang 1-2 biji. Kalau tak cukup brick ni mau terbantut nak pasang.
Stage 1: Tapak & Pagar
Stage 2: Wall
Stage 3: Pasang Guard tower
Stage 4: Siap dengan pasang bendera. 
Stage 6: Susun knights, king, queen, princess & horse
View dari atas..
Maka siap jugak akhirnya pasang kingdoms, Akif boleh main dah..  Eh, babah yang pasangkan. Layankan jela. Minat sama kan... :)

PART 1 : Percutian ke LEGOLAND Malaysia

$
0
0
Alhamdulillah tercapai jugak hasrat nak bawa Aliah & Akif bercuti keLegoland Malaysia. Dah lama dorang impi nak pergi Legoland tapi belum berkesempatan lagi. Sabtu lepas 10 Jan 2015, memulakan trip percutian dengan rakan blogger #kelabbloggerbenashaari ke Legoland, bertolak seawal 7.00 pagi, kena bertolak awal weh, lagi awal lagi bagus. Jauh kot Nusajaya, Johor ni kalau dari KL. Kalau dok JB tu gerak pukul 9 pun takpe. Yang dok jauh ni tak boleh lewat sangat bertolak nanti sampai lambat. Legoland buka jam 10.00 pagi, takut termiss beberapa jam dari opening hours. Rugi ooo kalau masuk lambat.
Tak laju dan tak slow bawak, jam 11 lebih pagi kami dah nak tiba. Perasaan excited dah mula terasa kat hati masing-masing. Akif dan Aliah pun dah terjaga dari tidur, nampak agak mamai mula-mula, tapi bila nampak menara Legoland terus terbeliak mata. "Waaaaa, LEGOLAND!!"..


Semakin menghampiri Hotel Legoland, aku pulak rasa makin teruja. Bukan apa, tak sabar nak tengok apa ada kat Legoland ni, apa yang meriah sangat kat Legoland ni.. Aku, Akif dan Aliah memang minat lego-lego ni. Dah ada beberapa koleksi lego dah dalam simpanan.


Belanja Selfie dulu sebelum Check-IN.. #Muahciked

Welcome to Legoland Hotel...
Tudiaaa meriah betul Lobi hotel Legoland ni, warna warni, kelihatan Lego gergasi, Lego Pirates dan Lego Kingdoms. Dua-dua Akif dah ada dalam koleksi lego.
Nama pun Legoland, memang penuh dengan lego la, perghh.. sana sini lego. Akif dan Aliah seronok la, main lego. Aku pun terjebak sekali. Boleh kata kat mana pergi ada station untuk main lego.
Sementara tunggu Check In, Akif dan Aliah main lego la jawapnya, kira kalau lambat pun anak-anak tak bosan, tak merengek. Parent yang bawa budak-budak ni tak perlu risau lah.. 
Tak lama lepas tu, tiba-tiba kelihatan Mascot lego Emmet datang, charactor dalam citer "Lego the Movie". Akif dan Aliah macam biasa, tak melepaskan peluang berphoto dengan Emmet.  Bukan takut pun kat mascot tu. Siap salam lagi Akif ni.
Seronok la tu dapat gi Legoland..
Galeri dan Shop! 
Aduh rambang mata masuk dalam ni. Banyaknyer lego, menarik-tertarik nengoknyer. Macam-macam ada! Geram je nengoknyer.. Hehehe

NOTA:
Untuk makluman, waktu check in khabarnya lewat, lebih kurang pukul 4 petang, so taknak habiskan masa kat lobby, pergi daftar kaunter then dah boleh masuk theme park & waterpark dulu. Dah boleh check in hotel akan call. Oh ya, lupa nak pesan, nanti kalau nak pergi legoland pastikan korang bawa baju spare, atau sluar spare, tuala (boh dalam beg galas)  Sebab waktu check in lewat, so korang boleh masuk theme park | water park dulu. Tak perlu usung bagasi yang berat-berat tu lagi. 

LEGOLAND Website [ K L I K S I N I]
 Facebook LEGOLAND  [ K L I K S I N I
Maka tiba la masanya kami nak masuk LEGOLAND THEME PARK | Apa agaknya yang menarik dalam theme park ni ya..  Jumpa ya di Part 2.

Part 2: LEGOLAND Theme Park memang berbaloi

$
0
0
Sambungan dari PART 1...

Okeh dah dapat tiket tunggu apa lagi.. Moh kita masuk dalam.. [Masa tu emas]. Tiket mahal-mahal takkan nak lepak luar je kan. Aku punya ni tiket COMBO | Theme Park & Water Park. Boleh masuk dua-dua, valid sehari. Kalau masuk besok hari, goodbye.. hehe
Boleh check tiket kat sini [KLIK]
Gelagat Aliah dan Akif sebelum masuk. Tak sabar dah nak masuk ni. Destinasi kami Theme Park dulu. Just pergi dekat main entrance nanti tukang jaga tiket tu akan scan tiket. Mudah je.
Haa, lego Atok yang peramah. Dia tak kisah pun sapa-sapa nak ambik gambar dengan dia. Sampai ke tutup theme park dia tunggu situ. Masuk-masuk nanti mesti jumpa atok ni dulu.

Okeh jom tengok apa menarik kat dalam theme park. Kita layan Driving school dulu. 

DRIVING SCHOOL
Akif dan Aliah sedia nak gi buat lesen memandu. Ha tudia sebiji macam kat tempat ujian memandu. Khas untuk kanak-kanak je tempat ni. Orang tua tengok dari luar je.
Akif concentrate please!!.... Tengok depan. Haha Akif siap usha lagi kawan yang lain tak sampai lagi. Ini bukan tempat racing ya.. Apapun kereta tak laju pun. Macam main bumper car je. Langgar belakang pun comel je. Haha
Pandai anak-anak babah ni. Lampu isyarat merah pemandu kena berhenti. Kena patuh kepada undang-undang jalan raya.
BOATING SCHOOL
Lepas driving school, boating school pulak. Belajar macam mana nak memandu bot. Ha yang ni orang dewasa boleh naik. Yela takut-takut anak terjatuh dalam sungai.



Best oo layan boat ni.. Jenuh pusing, tak boleh pusing banyak sangat, nanti kona banyak. Kena sikit-sikit je.
LAND OF ADVENTURES
LOST KINGDOM ADVENTURE
Dalam ni ada game tembak mummia, serangga dan macam-macam, nanti masa naik transport kecik tu nanti ada pistol laser. Nanti shoot kat point-point yang korang nampak kat dalam tu. Macam masuk dalam gua. Best.
Lego Unta pun ada.
Lepas tu kami main Beetle Bounce.. Toing..toing.. toing.. tingtong kejap haha..

DINO ISLAND 
 
Antara yang paling best kat theme park ni. Sapa brani je boleh naik. Haha.. Akif ngan Aliah repeat naik ni. Siap nak kali ketiga lagi.. Cukup la tu..
Wefie jangan tak wefie.. 
Tudia.. Percikan air! kalau naik ni debaran lain macam je. Aku mula-mula cuak gak. Dah ulang kali kedua ok sikit. Akif dan Aliah la paksa babah naik. :p
Ha, ni mesin pengering orang. Pengering pakaian la. Yela main dino ni kompom kena splash air. Ada je jual baju hujan tu. Tapi tak beli pun. Kami naik ni lepas pergi waterpark. Alang-alang baju dah basah. 

Lain-lain yang ada kat sini.
 Lego Girafah.. Mak aihh tinggi sama dengan girafah betul..

4D LEGO STUDIO
Showtimes... Layan 4D Lego jap. Rehat-rehat kat dalam tu, lepas penat berjalan. Ada banyak 4D Lego movie kat sini. Nak tengok yang mana boleh check schedule kat atas ni. 

Dah tiba kat game yang Akif dan Aliah tak sabar nak naik. Tak sabar nak naik tu!! Dragon Roller Coaster | Kids
Akif dan Aliah je tau yang naik ni. Babah tak naik. Tengok gambar ni, baris  kedua.. Haha tengah jerit-jerit la tu. Berani betul, ni pun nak repeat lagi. Kalau banyak masa mau la repeat lagi. Tapi kesuntukkan masa. Banyak-dan banyak lagi nak kena explore.

***Nanti-nanti nak upload video dorang main roller coaster.

Lepas ni kita pergi PART 3 : STAR WARS Miniland




PART 3: LEGO STAR WARS Miniland | Legoland Malaysia

$
0
0
PART 1 : Percutian ke Legoland Malaysia
PART 2 : Legoland Theme Park memang berbaloi



Part 3 |Lego Star Wars Miniland
Besar betul LEGOLAND ni, nak cerita pun kena banyak part-part. Okeh, part 3 ni aku cerita apa yang menarik kat Lego Star Wars Miniland ni. Yang jugak antara salah satu tarikan di LEGOLAND Malaysiani. Aku syorkan peminat-peminat Star Wars ni sila datang ke sini. Segala apa dalam cerita Star Wars ada kat sini. Semuanya dilegokan. Speecless!! Ni aku nak share sikit, fakta menarik mengenai Lego Star Wars Miniland ni.

Star Wars Miniland ni mengambil masa 8000 jam untuk menyusun 1222 model-model Star Wars dengan menggunakan 1.5 juta bongkah Lego. Perghh 1,500,000 tu.. Takleh nak bayang la. Bukan pasang siap tapi kena create dan susun. Macam tak caya je kan. Percayalah, tak caya tengok sendiri.
Akif dan Aliah di LEGO STAR WARS MINILAND
The Palace Of Naboo
Bangunan ni memerlukan 25,000 bongkah lego dan berat bangunan ni ialah 63kg
Geonosis Arena
STAR WARS | The Clone Wars
Bangunan Kristal merupakan model lego bangunan terbesar ,  berketinggian 2.5 meter juga merupakan bangunan tertinggi  dalam Lego Star Wars Miniland ni. Bangunan ini disusun dengan 45,000 bongkah lego dan berat bangunan ni 120kg. Wow Seriusly…. Nak pasang ni memang penuh cabaran dan dugaan.

First Battle of Geonosis
Clone Turbo Tank dalam Episode III: Revenge of the Sith 
Kasyyyk and Mustafar - Merupakan pengangkutan terbesar dalam Miniland. Diperbuat dengan 10,180 bongkah lego. Mengambil masa selama 350 jam nak susun bongkah ni. Berat Clone Turbo Tank ni 44kg. Mak aiihh beratnya walaupun tengok macam biasa je.
Millennium Falcon - Episode IV:  A New Hope
Yang ni pulak ambil masa 143 jam untuk menyusun sebanyak 15,000 bongkah-bongkah lego ni. Berat Millennium Falcon ni 37 kg, 1.8m panjang dan lebar 1.3m.
Macam-macam lagi yang ada dalam ni. Gambar ni baru 70 percent je, korang nak datang sini bawa kamera canggih-canggih ya. 
SHOP & GALLERIES LEGO STAR WARS
Seperti biasa kat penghujung Lego Star Wars miniland ni ada Shop & Galleries, memang rambang mata weh tengok lego-lego ni. Macam-macam ada. Rasa macam nak sambar je sekotak dua. Tapi lain kali lah kekekeke....
Sempat lagi Akif dan Aliah possing kat exit Lego Star Wars Miniland ni. Ada Lego Chewbacca, R2D2dan Yoda.  
Ke mana pulak lepas ni...Aku rasa kita pergi tengok MINILAND dulu. Macam-macam ada kat miniland. Kita tengok bangunan-bangunan, keretapi, kereta, kapal terbang, kapal-kapal kontena, star cruise, pelabuhan, lapangan terbang dan lain-lain lagi semuanya dari susunan bongkah lego.
Tunggu Part 4: Legoland Miniland


PART 1 : Percutian ke Legoland Malaysia
PART 2 : Legoland Theme Park memang berbaloi

PART 4: Keasyikan dalam Dunia Lego| Miniland Legoland Malaysia

$
0
0
Menakjubkan! Amazing! Brilliant! Awesome! Inilah yang aku dapat gambarkan, perasaan aku bila berada di MINILANDLEGOLAND®Park. Terpacak menara-menara, mercu tanda yang terdapat dari17negara-negara Asia, termasukMenara BerkembarPetronas,PatungMerliondanseluruhTajMahal semuanya disusun atur dari bongkah LEGO. Fuhh kalau korang nak tau, MINILANDLEGOLAND®Parkmengambil masa tiga(3) tahununtuk disiapkan danlebih daripada30 juta bongkah LEGO® untuk bina semua model-model ni. 3 tahun beb bukan 3 bulan, bukan 3 hari. So datang sini tengok hasilnya memang berbaloi baloi, korang possing la puas-puas kat sini. Kalau yang kaki photo tu korang boleh test power korang kat sini. Shoot puas-puas. 

Jom layan gambar-gambar yang aku sempat ambik. Jangan terpedaya dengan apa yang korang tengok, semua ni adalah rekaan dan susunan bongkah lego. Haa!!  
MALAYSIA
Stesen Keretapi Kuala Lumpur
Masjid Putra, Putrajaya
Bangunan Putra Perdana, Putrajaya
TajMahal, India
 DibinaolehMaharaja MughalShahJahansempena memperingati Isterinya.
KLIA is the largest airport in Malaysia and the seventh busiest in Asia handling over 35 million passengers yearly.
 Ferris Wheel | Giant Wheel
Karaweik Hall is a gigantic barge on the Shore of Kandawgyi Lake in Yangon, Myanmar.
Pirate is a fictional cluster based loosely on the pirates of the straits of Malacca
Star Cruise
Pelabuhan TanjungPelepasmerupakanpelabuhan untuk kapal kontenadi TimurSungaiPulaidibaratJohor,Malaysia.

Belum masuk gambar monorail lagi, china forbidden city, thailand, temple-temple dan banyak lagi weh. Bukan tak nak boh nanti korang loading gambar banyak-banyak slow jadinya. Ececece.. Saja tak nak boh pun nanti korang tengok kat sini je boring. Pergi sana tengok baru feel. Kalau pengantin nak buat photoshoot wedding kat sana pun mantap gak. Kelainan bak ang.
Kepenatan jelas terasa di Legoland Theme Park. Jom pergi Check In Hotel pulak. Terlupa pulak nak check in yer. Keasyikan dalam Dunia Lego katakan. Nak check in?? Nak tengok bilik kami? Tungguuuu !! Part 5: Hotel Legoland Malaysia...

Sementara tunggu tu, korang juga boleh baca link bawah ni..
PART 3 : Lego Star Wars Miniland
  

PART 5: LEGOLAND HOTEL | LEGOLAND Malaysia Resort

$
0
0
First time aku jejak kaki ke Legoland, tapi kat Nusajaya ni kali kedua dah. Dulu pergi ke pejabat JKR Nusajaya kat area sini gak. Tapi masa tu tak wujud lagi Legoland ni. Hutan pun belum tebang lagi. Hehe.. Maka setelah beberapa tahun kemudian, maka Legoland Malaysia Resort telah diwujudkan. Legoland Theme Park, Legoland Water Park dan Legoland Hotel. Haha macam baca sejarah pulak. Aku nak cerita pasal hotel la, moh lekaih!

Nah sikit fakta pasal hotel, Hotel Legoland ni boleh tahan besar dengan 234 bilik tema dan fully theme room, 7 Pirate bilik Duluxe dan 8 Kingdoms Suite. Tema tema lego semuanya. Kalau taknak tema lego sini bukan tempatnya. Kat sini memang penuh dengan lego-lego. Dari step masuk ke hotel dah nampak lego bersepah-sepah. Kalau tak bersepah lego tak legoland la nama dia.
Selfie sebelum Check-in Hotel. Masuk-masuk kat hotel atau lobby akan jumpa la front desk / reception hotel. So berurusanlah di sini. Eh anak-anak mana??
Lor kat sini rupanya.. Dont worry korang, tempat ni memang banyak tempat anak-anak main. Ni Akif tengah lepak tengok citer Lego kat tv. Sedapnya tempat duduk ni. Tak lepak sini kat depan belakang kiri kanan ada lego. Mainlah puas-puas.

Jom pergi tengok bilik..  
Adventures Theme Master Room
Master bedroom katil Queen. Untuk aku dan wife aku. Katil Akif dan Aliah ada kat sebelah. Nanti skroll kat bawah ni.
Bathroom
Masuk-masuk bilik, check bilik air dulu. Nak check selesa ke tak? Nampak selesa dengan dan menarik. Ada dua singki, satu untuk adult satu lagi untuk kids. Fuh semua ni diambil kira jugak yer. Slalu satu air satu singki je. Ni ada dua. Nice. Senang Akif dan Aliah gosok gigi.
Mini Kitchen
Sudut mini kitchen haha.. Boleh ke panggil mini kitchen, yela tempat masak air, tempat buat air kan. Siap ada chocolate cookies. Yummy..  
Kids Decker
Haa yang ni buat room budak-budak, Triple Deckers? Kenapa triple pulak bukan double je ke? Tu tengok bawah sekali boleh tarik keluar lagi satu tilam.. Banyaknyer tilam..
Siap ada TV lagi tu. Perghh seronok la Akif dan Aliah nak tidur layan kartun dulu la..
Hehe possing sebelum masuk tidur. Hehe suka la tu.. Mula-mula Akif nak tidur atas. Chopp dah kat atas last-last.....
La Akif tidur bawah ke? Ingatkan tidur atas.. Takut jatuh ehh.. Takpela bawah pun selesa jugak. Ni tengok candid Akif ngan Aliah layan cerita kartun.. Amboii Aliah kemain pakai baju apa panggil ni. Baju sejuk ker? Nak tidur panas-panas katanya. Biarkan lah..

Antara yang ada dalam bilik jugak, pengering rambut, mini peti sejuk, tv ada 2 satu kat master bed satu kat kids bed, ada peti besi untuk simpan barang-barang berharga, lepas tu ada peti harta karun. Haa yang ni best! Peti ni kena kunci dengan kod nombor maka kita kena cari kod-kod tersebut untuk buka peti harta karun ni. Instruction | klue ada atas meja. Cari la ya... 
Swimming POOL
Selain Legoland waterpark, hotel legoland ni ada swimming pool gak. Yang ni khas untuk mereka yang menginap kat hotel ni. Terletak kat tingkat 5. Kalau orang luar nak masuk takleh sebab nak naik lif kena ada pass.
Kasi layan pool kejap je dah sejuk. Berangin je tingkat 5 ni. Mau tak sejuk. Haa lego pirates kat belakang tu.
Bricks Family Restaurant
Breakfast time.. Tempat waiter/s akan tunjukan. So tak perlu susah-susah cari. Apa yang menarik kat meja ni tengok pic atas ni. Siap ada krayon! Motif? Tempat ni kan ramai bebudak, ramai yang tak gheti dok diam shhhhh.. ha kasi la color-color senyap la. Lagi satu ada  prop yang "we are still dining" mungkin semua pakat nak ambik makan so ni lah gunanya. Takde la orang ambik tempat duduk ni.
Ramainya orang breakfast pepagi ni. Lauk dan menu memang hebat-hebat, segala bagai ada kat sini. Muat tak muat ke perut nak tanggung. Ha nampak waiter ni siap bawa pinggan lagi. Fuh pagi ni breakfast memang kenyang, itu belum makan makanan berat lagi. Alhamdulillah. 

K la, dah kenyang kan, kejap lagi sambung swimming pool pulak sebelum check out tengahari. Alamak nak check out dah. Kejapnyer sehari. Ok la Part 6 nanti aku throwback "Legoland Water Park"... Ok tunggu..

Sementara tunggu tu, korang juga boleh baca link bawah ni..
PART 3 : Lego Star Wars Miniland
PART 4 : Keasyikan dalam Dunia Lego | Miniland

Ben Ashaari | Personal Trainer Aku

$
0
0
Timba pengalaman dengan Otai Blogger Sado, Ben Ashaari. Bukan pasal blog tapi pasal workout. Nak sado katakan. Nak sado kena berguru dengan orang yang dah sado. Baru ada keyakinan. 2 hari berturut aku follow Ben workout. Lokasi Bionic Gym kat taman tenaga. Tempat otai-otai ni..
Hari pertama Ben ajar basic workout, perghh.. Boleh tahan kebas tangan. Tak terangkat aku. Ben bagi tips dan teknik menarik pasal workout ni. Ben tak kedekut ilmu dan dia lama dah kot dalam bidang ni.Tengok gambar dia dulu-dulu memang dasyat-dasyat..
Ni workout ke ambik gambar je lebih. Haha.. Nama pun blogger, kalau tak ambik gambar bukan blogger la kan.

Day 2.
Hari ni Ben junior | Qhalif jugak datang.
Haa..candid-candid...  Ben dengan aksi dia.
2 hari ni banyak buat upper body, chest, shoulder, back. Memang sedap buatnyer. Kalau dapat workout hari-hari macam ni, sebulan dua boleh nampak hasil dah. Sekarang ni rasa menegang je body ni. Dah rasa sakit skit, tisu-tisu mula mengoyak. Otot nak membesar katakan, chewahh konfiden je.

Lego Friend | Koleksi Lego Aliah

$
0
0
Lego Friend Aliah, lama dah beli, dah pasang dah pun sebelum ni tapi tau la, budak-budak ni, lepas pasang main sekejap lepas tu dibuka abis. Grrrrrr... geram.. :p
Baru-baru ni aku terjumpa kepingan-kepingan lego ni dalam bekas mainan, aku terus ambik pasang nak balik. Nasib baik jumpa manual cara nak pasang. Kalau tak memang tak jadi aku pasang balik. Gigih betul aku, harap-harap takde part yang hilang nanti.
Ni dah 90 % siap. Masa ni dah 2,3 biji part yang hilang. Cari merata-rata pun tak jumpa. Jumpa yang lain tapi warna tak sama. Nampak kat atas tangga ni kan. Mula-mula pakai yang warna kelabu tu, nampak sangat awkward. Cam pelik je. Last-last jumpa warna yang hampir sama. Dan ada jugak modified sikit. Biasa la bila part hilang mood pun spoil la. Rasa terbantut je nak pasang.
Siap dah Lego | Rumah Friends Aliah. Siap pesan kat Aliah jangan buka-buka lagi dah. Buat display kan lawa je.
Comel kan... Haha.. Ada chef dalam rumah, nampak tak? Tu aku saja boh, tapi macam awesome je. Amboi ni anak yang main ke, babah yang main ni. Hehehe.. 
Viewing all 773 articles
Browse latest View live