Quantcast
Channel: DAUS REDSCARZ
Viewing all 773 articles
Browse latest View live

Jadual perlawanan MBA International Badminton Championship 2016

$
0
0
Jadual perlawanan badminton  "The 8th MBA International Badminton Championship 2016" dah kuar. Aku masuk kategori - Parent & Child (U12) Perghh nebes siot ! Ingatkan lawan biasa-biasa je, international kot ni. Team dari Singapore pun ada. 
Giliran aku pukul 2.30 petang. All the best la buat aku dan Aliah. Haha... Serve kasi masuk sudah ! Chayokkkkk...

8th MBA International Badminton Championship 2016 | Michael's Badminton Academy Port Dickson

$
0
0
"Melentur buluh biarlah dari rebungnya.." Itulah yang sesuai untuk aku gambarkan pengalaman menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa MBA 2016 Kali ke-8 di Port Dickson baru-baru ni. Terlalu jauh jurang antara kami dengan peserta-peserta yang menyertai kejohanan ni. Macam tak percaya je aku dan Aliah boleh join pertandingan badminton ni. Kejohanan badminton peringkat antarabangsa kot. Wakil Malaysia ! Haha.. 3 hari 2 malam berkampung di Port Dickson | Waterfront Boutique Hotel. 
8th MBA International Badminton Championship 2016 berlangsung pada 11-13 Mac 2016 di Michael's Badminton Academy, Port Dickson telah menarik lebih dari 450 pemain tempatan dan luar negara menyertai kejohanan ini. Selain Malaysia, negara yang turut menyertai kejohanan badminton ini ialah dari Indonesia, China, Vietnam, Taiwan, Singapore, Chinese Taipei dan USA. 
Michael's Badminton Academy (MBA) Port Dickson
Merupakan cawangan ke 3 MBA yang telah dibuka. Dewan Badminton MBA Port Dickson ni terletak di Lot 4034, Jalan Kuala Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia. 2 lagi di MBA Taman Megah dan MBA Bandar Puteri Puchong. Dan fakta menarik tentang MBA ni, MBA Bandar Puteri Puchong merupakan Pusat Badminton Akademi terbesar di Malaysia dan telah mencatat nama dalam Malaysia Book of Records 2004. Sementara itu, MBA Taman Megah mencatat nama sebagai Pusat Akademi Badminton milik swasta yang terbesar pada tahun 2002. 
Sempat berphoto dengan anak kepada pemilik MBA, KS Lee (baju putih)


Belum start game aku dah nerves dah. Apapun sebelum cabaran dimulakan, pertama sekali, hadir majlis perasmian dulu. Sama-sama kita dengar sepatah dua kata-kata semangat dari Founder MBA, Michael Lee. Kasi aura dulu.
Founder MBA, Michael Lee
Ini lah founder MBA, yang telah menerajui MBA hampir 15 tahun.
Ucapan oleh YDP Majlis Perbandaran Port Dickson, Dato' Abd Khalid Bin Mat
Majlis pembukaan dan pelancaran ni telah dirasmikan oleh YDP Majlis Perbandaran Port Dickson, Dato' Abd Khalid Bin Mat. Kejohanan badminton kali-8 berlangsung serentak dengan hari pelancaran pembukaan Michael's Badminton Academy (MBA) Port Dickson. Tahniah-tahniah ! Majlis begitu meriah diiringi dengan persembahan tarian singa. 
Tandatangan oleh YDP Majlis Perbandaran Port Dickson, Dato' Abd Khalid Bin Mat
Turut hadir dalam majlis perasmian MBA Port Dickson ialah Encik Ng Chin Chai, Setiausaha Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Encik Wu Jun Yan, Presiden Persekutuan Badminton Cina Dunia.
Penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan buat pemain-pemain veteran yang mengambil bahagian pada kejohanan badminton ni. Ini adalah satu contoh yang buat aku teruja. Datang jauh dari Taiwan semata-mata untuk menyertai kejohanan badminton ni. Nak tau umur mereka berapa? Semua dah lebih 80 tahun. Wow ! Tabik springglah.... Tak kira brapa usia, yang penting masih supportive. 

Sebanyak 25 kategori berbeza dipertandingkan pada kejohanan ini. Kejohanan ini merangkumi semua kategori dalam kejohanan rasmi dan juga menawarkan kategori tambahan yang popular di kalangan keluarga seperti 3v3 (tiga kali ganda daripada hanya beregu) dan beregu keluarga (salah seorang ibu bapa dan seorang kanak-kanak). 

Dan aku salah satu yang masuk kategori Ibu bapa dan seorang kanak-kanak U12. Serius, aku suka pertandingan sebegini. Bukan apa, salah satu matlamat utama MBA ialah memupuk nilai kekeluargaan. 


Terus terang aku cakap first time aku tengok pertandingan beregu family sebegini. Meriah sangat. Pengalaman, kemahiran dan pendedahan awal untuk kanak-kanak. Pasti satu hari nanti ramai yang mampu menjadi pemain profesional. 


12/3/2016 2.30 pm 

Category Parent & Child U12
Sudah tiba giliran kami masuk gelanggang. Mula-mula nerves tu so-so je, tapi bila dah nampak opponent tu terus lagi kecut. Yelah, lawan kami cina, orang Malaysia gak. Bapa dengan anak lelaki. Anak dia tu pun nampak tinggi dan pandai main. Aah sudah, masa umpire kasi stroke moral terus down sikit tengok budak tu pandai main. Apapun, aku tak letak harapan tinggi pun. Aliah jangan buat mistake sudah, serv kasi masuk cukup. 
Gambar masa warming up !
Keputusan Kategori Parent & Child U12
Not bad lah, peserta no 8. Final score 40-15. Dapat gak kami kumpul 15 mata. Bertungkus lumus aku, terbang sana, terbang sini, serius peluh jantan semua abis keluar. Tapi apakan daya, pihak lawan terlalu kebal untuk ditawan. Kena praktis lagi ni. Aliah kena perbaiki lagi Serv supaya tak bagi bola tanggung. Praktis sambut bulu tangkis. Apapun tahniah untuk aliah, confiden level tinggi. Brani ikut aku join tournament. Dan aku yakin ini pengalaman yang tidak akan dilupakan. :)

CONGRATULATION to WINNERS 
of
8th MBA International Badminton Championship 2016
Sekalung tahniah buat pemain-pemain yang berjaya menjuarai kategori masing-masing. Korang memang hebatlah. Secara keseluruhan Malaysia mengungguli kejohanan dengan 11 pingat emas, diikuti Indonesia 5 pingat emas manakala Singapura, Taiwan dan China masing-masing dapat 3 pingat emas. Kalau berpeluang lagi mungkin tahun depan nak join lagi lah... 

Gambar sekitar kejohanan berlangsung....

Akhir kata dari aku, Michael's Badminton Academy (MBA) bukan saja menganjurkan kejohanan-kejohanan besar malah menyediakan fasiliti yang lengkap dan terbaik untuk membentuk bakat-bakat cilik ( kanak-kanak ) untuk menjadi pemain profesional. Kepada mereka yang punyai anak-anak yang berbakat tu, hantar join akademi. Khabarnya MBA telah melahirkan ramai jaguh badminton. Dan yang paling aku kagum, MBA memberi latihan percuma kepada mereka yang kurang berkemampuan (program kebajikan). Semoga usaha murni MBA terus memberi kejayaan demi kejayaan pada masa akan datang. 

Untuk maklumat lanjut boleh terjah info-info dibawah ni. 


Email : info@mba101badminton.com
Tel  : (+603) 7803 4166
Fax : (+603) 7803 4186

Penyalahgunaan Parkir OKU semakin meningkat

$
0
0
Banyak mana pun petak parkir OKU (Orang Kurang Upaya) yang disediakan tetap takkan cukup. Kenapa ? Ramai sangat ke OKU ni ! HaH, bukan masalah sebab 'berapa ramai OKU' tapi 'berapa ramai yang parking kat tempat tu bukan OKU' pun. Sihat tubuh badan, fizikal sempurna pula tu. Huh ! Kesian kat warga OKU ni, dah la susah cari parking, kadang-kadang kena parking jauh pulak tu.
Sekadar gambar hiasan
Kat shopping mall, shopping complex, RNR, kat mana-mana kawasan awam pasti ada disediakan petak parkir untuk OKU. Orang awam kita ni takkan tak kenal logo OKU tu. Parking ikut suka hati dorang je. Mana yang sempat. Tu yang dinamakan pentingkan diri sendiri. Geram je aku tengok. 

"Di kawasan Rehat dan Rawat Lebuh Raya Utara-Selatan di Sungai Buloh, Selangor, terdapat tiga petak letak kereta untuk kereta OKU tetapi selalunya disalahguna dan dipenuhi oleh motosikal dan kenderaan lain."


- petikan dari Kosmo

Sekarang ni macam mana nak bagitau atau nak sampaikan pada orang awam tentang "Kesedaran terhadap parkir untuk OKU". Petak parkir dah dilabel untuk OKU, signboard pun dah letak. Itu pun tak faham lagi ? 
Terus terang kalau aku yang nampak logo atau signboard kat petak parkir ni, memang aku takkan park kat situ. Tak sanggup rasanya. Kesian la kat OKU ni. 

Sekarang ni ada pulak pemandu yang bukan OKU guna sticker OKU palsu. Slamber betul dorang ni tampal sticker palsu! Manusia oh manusia. Sapa la yang sanggup jual sticker ni. Tiada pihak berwajib ke yang pantau benda ni? Seharusnya sticker ni dikeluarkan oleh pihak berwajib saja. Kalau dah jual kat kedai-kedai runcit tu salah tu. Perghh sampai hati dorang ni. Hurm ! Tengok gambar bawah ni. Antara sticker OKU palsu dengan yang sticker OKU yang sah. 
REAL VS FAKE OKU Sticker
"A shopkeeper at a do-it-yourself store in Bangsar said it had a variety of OKU parking stickers available for sale. “We sell them for about RM10 to RM20,” said the shopkeeper, adding that people could just walk in to buy the stickers."

- petikan dari The Star
Licik tindakan mereka ni. Apakah motif sampai sanggup jual Stiker Palsu ni? Dapat untung banyak ke? 

Gejala ni semakin meningkat dan sebenarnya, Akta Orang Kurang Upaya telah mula dikuatkuasa pada 7 Julai 2008. Apakah golongan OKU masih ditindas ? Apa tindakan kita? Ada tak dikenakan tindakan atau denda kepada si pesalah? Aku tak pernah dengar lagi parking kat petak parkir OKU kena denda. Hurm !
Ada beberapa survey yang aku dapat mengenai parkir OKU ni. Ada yang bagi cadangan dan tidak kurang juga yang mengadu. 



Untuk pengetahuan umum, di luar negara dah implement pelbagai kaedah untuk mengurangkan penyalahgunaan petak parkir OKU. 

Contohnya di United Kingdom (UK) menggunakan Blue Badge Parking Scheme. Sekiranya pemandu yang ditahan gagal mempamerkan kad ni maka dia akan dikenakan denda sehingga maksimum £1,000. Fuhh banyak tu. Baru ada akal kalau kena denda sebanyak tu. 
Blue Badge Parking Scheme
Di Australia ada Australian Disability Parking Scheme (ADPS) ibarat permit. Sekiranya pemandu gagal menayangkan permit ditahan meletakkan kenderaan di Parkir OKU, boleh didenda sehingga AUD519 dan kena demerit pulak tu. Terbeak ! Lihat video dibawah.
Australian Disability Parking Scheme (ADPS)

Sama-sama lah kita mengubah sikap pentingkan diri sendiri kita. Kalau kita rasa susah apatah lagi mereka yang OKU ni. Kadang-kadang wujud undang-undang ni tapi kita tak pasti apa tindakan kita. Last-last kita cuma brani viral je. Tapi tidak mengubah apa-apa pun. Apa kata usulkan permasalahan ni pada AskLegal. Tempat-tempat kita bertanya apakah tindakan yang sepatutnya kita lakukan. 

Layari website AskLegal sekiranya korang ada persoalan-persoalan lain..  

Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson

$
0
0
Dah lama tak update pasal makan-makan. Ada je bahan cuma belum sempat nak buat entri. Lately agak sibuk sikit dan badan macam lemah sikit. Faktor usia agaknya haha.. Mungkin faktor cuaca sekarang ni. Apapun ia bukan alasan sebenarnya. So abaikan lah, ni aku nak cerita lah ni. 

Okeh masa aku pergi tournament badminton kat Port Dickson baru-baru ni, aku dipelawa oleh Uzu (Emas Putih) untuk join dia lunch ramai-ramai. Café Hipster katanya. Haa aku apa lagi, laju je. Boleh la update nanti dalam Projek Hipster nanti. 
Inns.J.Cafe  | Inns J Cafe 
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Antara Café Hipster di Lukut, Port Dickson. Menarik ! Café ni terletak tak jauh dari Dewan MBA Badminton Port Dickson. Dekat je dengan tempat tournament kami hari tu. Tu yang pergi tu. Rezeki jangan ditolak. Hehehe...Bukan selalu nak datang sini. 
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Menarik design dan deco Inns J Cafe ni. Ni baru kat luar lagi, belum masuk kat dalam lagi. Jom masuk dalam !!
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Apa kata korang ? Menarik ? Of kos la menarik.. Kat Lukut ni, ada cafe Hipster. Baru semangat nak makan. Bersih dan kemas. Suasana pun romantik.. 

Ok bereh pasal cafe. Nak makan pulak. Apa menu yang ada kat Inns J Cafe ? Western ada, pasta ada, ala kampung  ada, burger & sanwiches pun ada, ice cream, desserts dan fresh brewed. Hmm banyaknya.. Ni antara yang kami order.. 
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Grilled Chicken Chop Black Pepper Sauce - RM14.50
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Lamb Cutlet Black Pepper Sauce - RM18.90
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Seafood Pasta - RM17.50
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Nasi Goreng Special 
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Maryland Chicken with Rice
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Menu-menu..
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Blue Lagoon
Macam-macam kaler air minuman. Apa-apapun sedap-sedap semuannya. Dan yang paling aku prefer Grilled Chicken Chop Black Pepper Sauce. Sedap ! Aku suka grill. Rasa macam nak repeat lagi la. Next time la kalau pergi Port Dickson boleh singgah sini lagi. Banyak lagi menu-menu lain yang ada kat sini. 
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Antara pelanggan-pelangan yang datang ke sini. 
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Welfie ramai-ramai, muka ada kenyang semua. Haha, aku je kurang kenyang. Bukan tak sedap, aku cuma takleh makan banyak sangat masa ni sebab ada game petang tu. Kang berat pulak nak main badminton nanti. 
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Deco kat dinding cafe ada 3D art. Jom terbang ! Terima kasih Inn J Cafe bagi peluang merasai makanan-makanan dan minuman di sini. Some day we meet again. Kalau datang ke Lukut atau Port Dickson jangan lupa singgah di Inns J Cafe. Waze je nama cafe pasti jumpa. Untuk maklumat lanjut boleh refer kat info bawah ni. 
Inns J Café
No 1, Taman Lukut Indah, Lukut, 
71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Facebook : Inns J Cafe
Instagram : InnsJCafe

Tel : 6066510522
Waktu operasi : 11 pagi – 11 malam
Selasa Tutup

***#ProjekHipster sentiasa menanti invitation dari Cafe-cafe Hipster. Sebarang pertanyaan boleh Direct Message Instagram Projek Hipster atau email ke projekhipster@gmail.com

Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar

$
0
0
Kalau dah sedap sampai ceruk kampung pun orang cari. Itulah dia kehebatan Laksa Lubuk Merbau, Kuala KangsarMemang sampai ke lubuk lah cari laksa haha.. First time aku sampai ke sini walaupun aku selalu balik kualer. Dari highway kuala kangsar tadi aku nampak hutan je, masuk satu lorong (muat-muat je satu kereta), rasanya perjalanan masuk lebih kurang 1km, rupanya ada kawasan perkampungan dan kawasan perusahaan laksa dalam ni. Sampai-sampai je jumpa banner ni. Wow ! 
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Projek Laksa Normah, Kampung Paya Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Kedai biasa-biasa je macam kedai makan kampung-kampung. Tak sangka walaupun di ceruk mana pun kita berniaga orang tetap datang cari. Rezeki namanya. 
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Inilah antara kelainan yang aku nampak kat laksa lubuk ni. Kuah laksa dimasak atas dapur kayu api. Aku yakin tu la yang membuatkan laksa lubuk ni special. Memang sedap dan kaw kuah dia. Lain beb rasa dia, aku suka ! Terbaeklah...
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Aku sebenarnya terlupa nak ambik gambar laksa orang dewasa, yang ni order untuk budak-budak punya. Cis.. potong betul la. Budak-budak punya semua taknak sayur dan saiz saparuh. Harga semangkuk biasa - RM2.50 Erm murahnya !!!  
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Macam biasa ada aksessori tambahan. Ada otak udang, telur rebus, limau dan cili. Ikut suka nak letak banyak mana. 
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Selfie memang takleh dipisahkan dengan aku. Bukti sampai ke lubuk gitu. Haa tengok budak sebelah tu, dah la tak boh sayur, apa pulak dikutip tu. Macam asam keping je. Haha. Nampak benda halus-halus pun dia kutip buang. Takpe la janji dia suka makan. 
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Tak banyak nak di cerita, kami pergi makan laksa je. Waktu urusniaga dari pukul 10 pagi sampai pukul 7 malam. Tutup hari SELASA. Kami datang betul-betul hari selasa. Nasib baik la buka, rezeki kami la hari tu, cuti sekolah kedai buka katanya. Yelah time cuti-cuti ni la ramai orang datang. 
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Suasana begitu indah, nama pun kawasan kampung kan. Tempat parking kereta luas jangan risau. Kalau konvoi 4,5 kereta tu muat. Kami datang hari tu waktu lepas tengahari memang agak panas tapi ada banyak pokok keliling, redup la sikit. 

Pasti ramai kat luar sana yang suka makan laksa, apa kata try laksa lubuk. Lokasi ? Alamak aku nak cerita lokasi ni pun aku tak sure masuk simpang mana. Maafkan aku. First time datang sini, takde signboard la kat highway tu. Aku pergi konvoi hari tu. Follow adik ipar aku. Waze je la senang, aku try on waze, ada map ke sana. Jangan datang hari Selasa sudah. K la selamat menjamu selera... 

Dr. Zakir Naik di Terengganu Tour Malaysia 9-15 April 2016

$
0
0
Dr. Zakir Naik, siapa tidak kenal Dr. Zakir Naik ? Bukan calang-calang orangnya. Beliau seorang Pendakwah dan Ilmuan Antarabangsa yang cukup hebat, sangat power berasal dari India. Aku sangat mengagumi beliau. Hampir puluhan klip video kat youtube pasal dakwah dan syarahan umum, sesi soal jawab, debat beliau yang aku dah tengok. Terbaeklah !!

Dan... 

Dr. Zakir Naik bakal membuat jelajahan beliau ke Terengganu pada 9-15 April 2016. Ini merupakan kali pertama beliau ke Terengganu, Malaysia, dan kali ke 3 datang ke Malaysia. Sebelum ni beliau pernah datang pada tahun 2012. Menyampaikan syarahan beliau di Johor Bahru, Shah Alam, PWTC dan Kuantan. Pada November 2013 ke Putrajaya menerima Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah 2013 dari Malaysia.
Dr. Zakir Naik di Terengganu Tour Malaysia 9-15 April 2016
Di atas antara venue-venue yang bakal dikunjungi oleh beliau masa kat Terengganu nanti. Teringin nak pergi tapi jauh sangat. Nun jauh di Pantai Timur. Alasan sangat ! Nak seribu daya taknak seribu dalih. Aku yakin, pasti ramai orang datang nanti. Buat kat stadium kot. Fuhhh.... rugi tak join.. 
“Zakir akan menyampaikan empat syarahan umum di empat lokasi iaitu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Masjid Pusat Islam Sultan Mahmud di Universiti Malaysia Terengganu, Padang Astaka Jertih di Besut dan Padang Astaka Kemaman.

“Orang ramai dijemput untuk hadir ke program syarahan ini dan mereka boleh melayari akaun Facebook rasmi Dr Zakir Naik Terengganu Tour di www.facebook.com/ZakirNaikTerengganu,” katanya dalam satu kenyataan media, baru-baru ini.

Sumber dari Teganukite.my



Sumber Google Images

Sedikit sebanyak tentang Dr. Zakir Naik, sori bahasa omputih sikit. Sumber dari PeaceTv.Tv

"A medical doctor by professional training, Dr Zakir Naik is renowned as a dynamic international orator on Islam and Comparative Religion. He is the President of Islamic Research Foundation, Mumbai, India. He is 49 years old. Dr Zakir clarifies Islamic viewpoints and clears misconceptions about Islam, using the Qur’an, authentic Hadith and other religious Scriptures as a basis, in conjunction with reason, logic and scientific facts. He is popular for his critical analysis and convincing answers to challenging questions posed by audiences after his public talks.

In the last 20 years (by the year 2015) Dr Zakir Naik has Alhamdulillah delivered over 2000 public talks in the USA, Canada, UK, Italy, France, Saudi Arabia, UAE, Kuwait, Qatar, Bahrain, Oman, Egypt, Australia, New Zealand, South Africa, Botswana, Nigeria, Ghana, The Gambia, Morocco, Algeria, Indonesia, Malaysia, Singapore, Brunei, Thailand, Hong Kong, China, Guyana (South America), Trinidad, Mauritius, Sri Lanka, Maldives and many other countries, in addition to numerous public talks in India. In March 2012, his public talk in Kishanganj, Bihar, in India was MashaAllah attended by over one million people, being one of the largest gathering in the world for any religious lecture by a lone orator.

Amongst the billion plus population of India Dr Zakir Naik was ranked No. 82 in ‘The 100 Most Powerful Indians’ list published by Indian Express in the year 2009 and ranked No. 89 in 2010. He was ranked No.3in the ‘Top 10 Spiritual Gurus of India in 2009’ and topped this list in 2010. He was ranked in the top70 list of the ‘500 Most Influential Muslims in the World’ issued annually by Georgetown University, USA, in the years 2011, 2012, 2013/14 and 2014/15." 

baca sambungan di PeaceTV 

Okeh, jangan lupa LIKE Facebook Dr. Zakir Naik Terengganu untuk maklumat terkini. Mana tau tukar venue ke, stadium penuh ke.. Datang jangan tak datang..



"If you want to learn about ISLAM, go to study islam, don's study the MUSLIMS. ISLAM is perfect. MUSLIMS are not" - Dr Zakir Naik

Ben Ashaari Blog Pilihan Online APO 2016

$
0
0
MSTAR APO 2016 dah sampai ke pusingan kemuncak | Top 5 gitu ! Ben Ashaari antara blogger yang tercalon dalam Top 5 Blog Pilihan Online APO 2016. Fuhh cayalah bro.. Hebat-hebat !
Anugerah Pilihan Online (APO) 2016
Anugerah Pilihan Online (APO) 2016

Dah boleh start undi dah hari ni. Tempoh undian hampir sebulan, 1 April 2016 sehingga 27 April 2016. Sehari boleh undi sekali tapi kalau ada banyak akaun tu boleh undi banyak-banyak. Boleh login guna Facebook, Twitter dan Google+ 
Cepat-cepat, kita pakat undi Ben Ashaari di Kategori no 15 Blog Pilihan Online [KLIK SINI] Undi jangan tak undi. 

#APO2016
#AnugerahPilihanOnline

Western Food Murah di Malindo's Steak Haus Ampang

$
0
0
Sekali tengok dah macam Pirate of the Caribbean, dua kali tengok rupanya Steak Haus... Heheh gurau je, pembuka bicara katakan. Sebenarnya aku baru first time datang ke Malindo's Steak Haus ni. Rupanya Steak haus ni baru saja beroperasi di sini. Baru sangat restoran ni. Lokasinya terletak di Taman Nirwana Ampang. Kalau yang biasa pergi ke Kompleks Muhibbah Ampang, dah dekat dah tu. Teringat pulak pernah berniaga kat taman ni dulu. Kalau nak landmark paling senang (belakang Restoran Menate)
Malindo's Steak Haus, Taman Nirwarna Ampang
Wahh, mampak tak, deko-deko dah macam tema lanun kan.. So betul lah tekaan aku tadi. Pirate of the Caribbean. Menarik, ala-ala hipster gitu ! 

Dengar kata Malindo's Steak Haus ni hidangkan western food "cheapest in town" Benar kah? Mari kita siasat dulu. Haha.. Aku jadi detektif penyiasat makanan pulak. Jeng jeng jeng ..  hasil dari siasatan aku dapati tiada menu yang harganya lebih dari RM20 ! Murahhhhhhnya! Perghh steak semua jenis bawah RM20 je. Nak merasa Sirloin, T-Bone, Spare Rib, Rib Steak ? AUmmmm..

Muka ada sunyummm !
Steak | Spare Rib - RM19.90
Terjah Spare Rib (tulang rusuk) dulu. Fuhh, bergetar rusukku makan steak ni haha. Yang suka isi-isi daging kat bahagian tulang, boleh prefer spare rib. Kuah dia marbelles... 
Sirlion Steak  - RM17.90
Steak | T-Bone - RM19.90
Steak Combo - RM18.90
Kombinasi lamb, steak dan udang. Perghh marbelles..
Lamb Chop - RM16.90
Chicken Chop - RM8.90
Meatball Spaghetti - RM10.90
Aneka minuman semuanya bawah RM4. Harga fresh fruit pun RM4. Berbaloi-baloi.. Selalunya kalau pergi western food, harga minuman macam mahal je. 

Tak caya ? Usha menu-menu kat bawah ni. Pastu cari ada tak jumpa menu makanan harga RM20 ke atas ? Haha.. 
Antara customer yang datang ke Malindo's Steak Haus. Masa ambik gambar ni awal lagi. Malam tu makin ramai yang ke sini. Santai-santai dengan keluarga makan western food. Harga murah hati pun gembira haha.. Lepas ni boleh la nak makan steak kat sini lagi. Tak jauh pun dari Cheras.

Kalau nak tahu lanjut boleh tengok info kat bawah ni. 

Alamat: 
Malindo's Steak Haus
B3-10-G(Ground Floor), City Garden Commercial Centre
TAman Nirwana, 68100 Selangor
No Tel : 0162637769
Waktu operasi : 11 pagi - 1 pagi


Resepi Kari Sardin dengan Rempah Tanjong

$
0
0
Atas permintaan ramai, aku tunaikan la jugak !

Baru-baru ni dok bersembang pasal makan dengan member-member whatapps. Aku buka la topik Kari Sardin (Ikan sardin dalam tin, bukan ikan sardin fresh dari pasar tu). 2,3 orang wat icon muka blur. Haha tak pernah dengar kari sardin. Lor aku ingatkan dorang ni biasa makan. Terus minta resepi kat aku. Okeh la aku kongsi la, walaupun wife aku yang biasa masakkan. Yalah, kadang-kadang dah jemu dengan menu-menu harian ni, tukar la pulak dengan kelainan sikit. Kali ni aku pulak yang masak. Serius !


Resepi Kari Sardin dengan Rempah Tanjong Kari Ikan
Bahan-bahannya..
1 Tin Sardin 
4 ulas ulas bawang putih potong besar (kupas kulit jangan ditumbuk)*
2 biji bawang merah (saiz ikut suka) dihiris tebal*
5 biji cili ikut suka
1/2 paket kecik rempah kari ikan (rempah Tanjong) sebab masak untuk 1 tin sardin. Masukkan air dan kacau. Jangan terlalu pekat dan tak terlalu cair. *
1 biji kentang potong kecik*
Air perahan asam jawa (nak letak boleh tak letak pun boleh)
*rujuk gambar bawah

Cara memasaknya pulak... 


Mula-mula panaskan kuali, panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, merah, cili. 
Minyak lebih sikit pasal nak masukkan rempah kari ni nanti. Tak perlu tunggu sampai bawang tu kekuning-kuningan, kacau kejap je, terus masukkan rempah kari, kacau sehingga pecah minyak. Dah pecah minyak, perghhh harum semerbak wangi kari tanjong telah menyelubungi dapur ! Then baru masukkan sardin. Kacau-kacau sama rata. 

Dah kacau-kacau sardin, aku masukkan air perahan asam jawa lebih kurang 1 setengah cawan. Tak perlu pekat sangat, sedang-sedang saja. Kemudian masukkan garam secukup rasa. SIAP !!
Tadaaa inilah dia hasilnya... Kari Sardin dengan Rempah Tanjong Kari Ikan. Apa macam kawan? Nampak sedap ke tak?  Dapat pujian lak tu dari wife. Wife kata 'lulus'. Haha.. Maka dengan itu bertambah-tambah la nasi. Grrr.. Boleh tahan sedap rempah Tanjong ni ! Kalau tak kerana rempah karinya pun tak jadi gak. 

Rempah Tanjong ada banyak lagi serbuk lain selain kari ikan. Ada serbuk kunyit, serbuk kurma dan serbuk kari daging. Nanti-nanti masak lain pulak. 

Sedikit info tentang Rempah Tanjong ni. Dulu rempah ni dikenali sebagai PELADANG, kini telah berwajah baru dan dikomersialkan dengan branding rempah TANJONG. Kalau zaman mak kita dulu-dulu mesti dorang ingat jenama PELADANG ni. Patut la dulu-dulu sedap je masakan mak.

Bersempena pameran Malaysia International Halal Shocase (MIHAS) di KLCC baru-baru ni. Chef pun guna serbuk rempah Tanjong. Terbaek !
Oh ya, dengar kata Rempah Tanjong akan ke udara di TV1 setiap hari Ahad dalam segmen niaga. Boleh la tengok nanti, mana tau ada resepi mudah. Boleh bantu wife di dapur nanti. Hehe..


Kalau korang nak cuba rempah Tanjong ni boleh cari kat Mydin atau D'Mart. Kalau yang kaki dapur tu, pasti terasa kelainannya. Mana tau try sekali, tiba-tiba terasa macam masakan mak! Fuhh, boleh mengamit jiwa. 

Akhir kata, selamat mencuba resepi aku share ni ! Kalau sedap cakap sedap. Kalau tak sedap korang tak pandai masak. Hahha.. gurau je*
Good luck !

Star Wars Days MAY 2016 di LEGOLAND® Malaysia Resort

$
0
0
Bulan May ni bakal menyaksikan himpunan dan perarakan peminat-peminat Star Wars seluruh Malaysia dan luar negara di LEGOLAND® Malaysia Resort. Sempena sambutan Star Wars Days, LEGOLAND® Malaysia Resort bakal menambah satu lagi daya tarikan di Star Wars Miniland Legoland. Macam tahun-tahun sebelum ni, LEGOLAND® Malaysia Resort akan membuat kelainan dalam taman temanya supaya kelihatan sentiasa segar dan tak jemu kalau nak datang berulang-ulang ke sini.
Master Your Force Together
Antara yang bakal menarik perhatian May nanti, sebuah kapal angkasa Star Wars Millenium Falcon yang terbesar akan dibina dengan menggunakan hampir 200,000 bongkah lego. Wow besar mana agaknya tu. 200,000 bongkah lego tu, aku baru pasang tak sampai 1k pun dah pening haha. Apapun, semua ni bakal menjadi kenyataan May ni nanti. Ini merupakan hasil kerjasama The LEGO® Group dan LEGOLAND® Malaysia Resort. Diimport skali dengan pasukan pemasangan Master Lego, Daniel Steininger dan Christopher Steininger. Dua beranak ni bakal membina kapal angkasa ini nanti bermula 30 April hingga 2 May 2016. Dua biji TIE Fighter jugak akan dibina.. 
Star Wars Millenium Falcon (bukan yang terbesar ni)
Dalam Sidang media baru-baru ni, LEGOLAND® Malaysia Resort juga telah mengatur pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung-pengunjung antaranya pertandingan merekacipta "Lego Star Wars Starship" mengikut kreativiti masing-masing. Pertandingan ni mula 21 April 2016 sehingga 8 May 2016. Masa ni lah nak tunjuk kehebatan pasangan ibu bapa dan anak untuk rekacipta starship ni. Nak join mudah je, reka starship, ambik gambar dan post dalam Facebook LEGOLAND® Malaysia Resort dengan hastag #MasterYourForce” & “#LEGOStarWarsDays . 10 pemenang akan dipilih dan hadiah akan disampaikan pada 14 May 2016 nanti.
Dan yang paling best kanak-kanak yang pakai costume Star Wars pada 7-8 may akan masuk ke theme park secara percuma.. Wow ! Menarik menarik ! Tunggu apa lagi, lock kalendar korang cepat..

Di bawah ni antara model-model lain yang jugak akan dibina di LEGOLAND® Malaysia Resort.
Lego-lego baru semuanya dari siri Star Wars "The Force Awaken". Tak sabar nak tengok dah siap pasang nanti. Jom beramai-ramai ke LEGOLAND® Malaysia Resort may nanti. Untuk maklumat lanjut boleh semak info di www.legoland.com.my atau klik Lego Star Wars Days

"May the Force be with you"
Boleh baca link aku pergi sana dulu. [Star Wars Miniland]

Aku menang Lego lagi ! Star Wars Poe's X-Wing Fighter™

$
0
0
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu. Begitu la resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Apa kaitannya ? Haha begitu la peribahasa yang sesuai diungkapkan. Hadir ku impikan betis, paha pulak dibawa pulang. Baru-baru ni di sidang media Star Wars Legoland, media disuprisekan dengan mini contest. Contest "pasang lego paling pantas!" Hadiah LEGO Star Wars plak tu.. Aku ? Tiba-tiba jantung aku berkocak pantas. Apasal plak tiba-tiba kocak-kocak ni.. Aura positif tu !

3, 2, 1 Mulaaaaaaaaaaaaaaa...............
Muka nampak tenang-tenang aja ! Dalam hati sapa tau. Setiap orang dibekalkan dengan satu set lego. Star Wars First Order Special Force Tie Fighter. Perghh nerves bak ang. Fuhh. Lain betul rasa pasang lego dengan keadaan rushing. Mata aku tengok manual tangan pasang. 
Siapppp!!! Perghh tak sangka antara yang paling awal siap. Sebenarnya masa tu aku yang kedua siap. Tapi setelah dilihat oleh juri, orang pertama tu pasang terbalik so aku lah yang no 1. Wow.. 
Ni la hasil Lego yang dipasang tadi. Star Wars First Order Special Force Tie Fighter. Kecik je, tapi kalau sapa tak biasa pasang lego ni memang susah gak. 
Penyampaian hadiah oleh Lego Malaysia country manager Dick Yoong | Star Wars Poe's X-Wing Fighter™. Besar bak hang, ini kalau harga kat kedai mau RM300-400 ratus ni. Rezeki-rezeki.. 
Star Wars Poe's X-Wing Fighter
Nanti aku buat entri khas Star Wars Poe's X-Wing Fighter. Aku dah siap pasang. Brapa jam untuk pasang ni? Tunggu ! 

Poe's X-Wing Fighter | Star Wars Lego Set

$
0
0
Lego 75102 - Poe's X-Wing Fighter | Star Wars Lego Set

Jumlah pcs : 717 pcs
Jumlah masa siap : 3 jam 30 minit
Keluaran : 2015 
Warna : Hitam & Oren
Merupakan sebahagian dari Star Wars The Force Awakens. Set lego ni termasuk dengan 4 minifigures Poe DameronResistance X-Wing Pilot,  Resistance Ground Crew dan BB-8 Best-best !

Rekod terbaru dan terbanyak Lego bricks aku pernah pasang. Sebelum ni aku pernah pasang Lego Attack of the Morro Dragon - Ninjago dengan 658 pcs. Kali ni 717 pcs. Beza 59 pcs. Tempoh siap tu dalam 3 jam setengah. Itu pun tak concentrate sangat. Sebab kurang sihat. Kalau buat betul-betul ni tak sampai 3 jam siap ! Apapun jom layan gambar..
Star Wars Poe's X-Wing Fighter
5 pack untuk disiapkan. 
Star Wars Poe's X-Wing Fighter
Kita pasang body dulu. Packet 1,2 & 3Star Wars Poe's X-Wing Fighter
Star Wars Poe's X-Wing Fighter
Star Wars Poe's X-Wing Fighter
Star Wars Poe's X-Wing Fighter
Star Wars Poe's X-Wing Fighter
Star Wars Poe's X-Wing Fighter
Star Wars Poe's X-Wing Fighter
Star Wars Poe's X-Wing Fighter
Star Wars Poe's X-Wing Fighter
Siap BODY ! Pasang body saja dekat 2 jam. Fuh terbaekk ! Banyak part-part baru yang tak pernah aku tengok sebelum ni.

Sambung buat X-Wing (Sayap) Packet 4 & 5 
Star Wars Poe's X-Wing Fighter
Star Wars Poe's X-Wing Fighter
Star Wars Poe's X-Wing Fighter
Star Wars Poe's X-Wing Fighter
Star Wars Poe's X-Wing Fighter
Star Wars Poe's X-Wing Fighter
Star Wars Poe's X-Wing Fighter
Star Wars Poe's X-Wing Fighter
X-Wing dengan peluru berpandu siap pasang. 1 jam 30 minit.. Total duration semua 3 jam 30 minit. Fuhh, betul-betul menguji kesabaran minda. Aku suka !

Siap sudah... Perghh terbaek lah.. Star Wars Poe's X-Wing Fighter
Star Wars Poe's X-Wing Fighter
Star Wars Poe's X-Wing Fighter
X-Wing Close
Star Wars Poe's X-Wing Fighter
X-Wing Open
Star Wars Poe's X-Wing Fighter
Star Wars Poe's X-Wing Fighter
Back side
Star Wars Poe's X-Wing Fighter
Upper side
Star Wars Poe's X-Wing Fighter
Star Wars Poe's X-Wing Fighter with Poe Dameron, Resistance X-Wing Pilot, Resistance Ground Crew, BB-8 in action. Ready for takeoff !
Tak tau la nak gambarkan perasaan aku bila menang set star wars ni. Teruja dan gembira kot. Smart giler ! Kat mana pulak aku nak simpan ni.. Tunggu ! Aku dah ada idea.

Kepada peminat-peminat Star Wars, sempena May ni, LEGOLAND MALAYSIA RESORT akan celebration STAR WARS DAYS. Jangan ketinggalan menyertai perarakan ni. Ada pelbagai aktiviti yang akan dibuat disana. Mana tau ada discount dan special offer untuk Lego Product.. Untuk info lanjut klik sini.. Legoland Malaysia Resort


.........May the force be with you.........

Tarikh Pilihanraya Umum Negeri Sarawak 2016

$
0
0
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak 2016 (PRU Sarawak 2016) ke-11 iaitu pada 7 Mei 2016 (Sabtu).

Penamaan Calon : 25 April 2016, 
Pengudian Awal : 3 Mei 2016
Hari Mengundi : 7 Mei 2016

Pilihanraya Umum Negeri Sarawak ke 11
#PRNSarawak
PRU Sarawak 2016
Pilihanraya Umum Negeri Sarawak ke 11
#PRNSarawak
PRU Sarawak 2016
Pilihanraya Umum Negeri Sarawak ke 11
Sumber-sumber dari Bernamadotcom, Google dan Twitter..

Udah bersedia semua? Jom booking tiket belon ! Kita balit ngundi. Jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Sarawak..

#PRNSarawak
PRU Sarawak 2016

Dr. Zakir Naik telah mengIslamkan seorang remaja Kristian

$
0
0
Selepas pertanyaan seorang remaja Kristian, Nina Grace kepada Dr. Zakir Naik berjawab, akhirnya dia mengucap dua kalimah syahadah. MasyaAllah.. 

Saat-saat Nina Grace diIslamkan.
Sumber dari Terengganutimes

Nina kerap membaca surah Al-Fatihah, 3 Qul, Ayat Kursi.. Dan soalan Nina Grace, adakah perbuatannya itu dikatakan tidak menghormati Islam? JOM tengok video ni..
Drag ke minit -18:20 
Sumber dari Youtube Ukam TV Terengganu

Dr. Zakir Naik telah mengislamkan remaja Kristian ni di Padang Astaka Kemaman, Terengganu. MasyaAllah..

First Order Special Forces TIE Fighter | Star Wars Lego mini scale version


Apabila kita belajar menghargai erti kehidupan !

$
0
0
Aku bukan seorang perfect, aku cuma insan biasa-biasa saja. Banyak sangat kekurangan dalam diri ni. Apapun ada beberapa cerita aku nak share.. Easier SAID than DONE! Bahasa omputihnya gitu la. Kadang kadang kita tengok benda tu senang dan remeh je, skali bila kita yang duduk dalam situasi itu. Rupanya bukan mudah ! 

Situasi 1 
Lori Sampah
sekadar gambar hiasan (sumber internet)
Baru-baru ni aku on the way ke ofis naik moto melalui jalan Bukit Tungku, di depan aku sebuah lori sampah. Sedang menjalankan tugas. Lori ni bawa perlahan je, laluan bukit tungku ni dah la kecik, nak potong tak leh. Aku ! Follow je la. Bau ? Perghhh menusuk kalbu. Korang mesti pernah lalui situasi ni kan. 

Kalau 4 kilometer, maka 4 kilometer la aku mengadap bau lori sampah ni. Mula-mula aku memang la tak tahan bau dia, busuk giler kot, kejap tahan nafas kejap lepas. Lama-lama boleh sesak nafas aku nanti. Tapi aku cuba buat reverse psychology, aku bernafas je macam biasa. Keep cool beb ! Dalam kepala aku tiba-tiba terfikir, "Baru brapa minit je dok belakang lori ni pun aku tak boleh hadap benda ni, macam mana mereka yang bekerja hari-hari hadap benda ni ?Demi sesuap nasi ! Terus aku rasa macam rendah diri. Aku insaf kejap. Kalau bukan mereka ni, sapa lagi nak tolong kutip-kutip sampah yang korang tadah kat luar rumah tu. So aku beralah, hadap je la perjalanan aku dengan bauan-bauan sementara itu. Akhirnya sampai satu simpang, kami ke haluan masing-masing. 

**Peringatan buat diri sendiri. 


Tak perlu la kita nak bunyikan hon-hon kat mereka ni sebab bawa perlahan, atau sebab bau busuk lori sampah ni. Kalau tak busuk bukan lori sampah namanya.

Situasi 2
Polis Trafik
Bukan gambar hiasan
Aku teman member aku, motosikal dia rosak, rosaknya pulak kat Jalan Kuching, dah la jalan utama, kenderaan banyak pulak tu. Moto kami parking betul-betul  sipi tepi jalan, sempit kot ! Cuak gak, tengok kereta laju-laju. Kami dalam 3,4 orang gak, sorang mamat tolong baiki dan aku jaga lalulintas. Fuhh terasa macam polis trafik plak. Hahah, semua yang lalu situ pakat usha kat tempat kejadian. Macam biasa la orang Malaysia kan prihatin. Nampak je benda kerumun tepi jalan, terus perlahankan kenderaan untuk tengok kejadian. Moto rosak je pun. Hehe.. 
So nak dijadikan cerita, tengahari tu memang bahang giler, aku ni dok jaga lalu lintas, lambai-lambai macam polis trafik tu, baru sekejap je aku dah lenguh tangan, bahang pulak tu.. Fuhh.. Macam mana kalau polis trafik yang jaga trafik hari-hari. Berpanasan, berhujan bagai.. Polis trafik yang jaga kat lampu trafik tu brapa ramai yang kena maki. Tak bagi jalan, tak buka jalan la, macam-macam la. Adoii bila fikir balik, dorang hanya menjalankan tugas. Ingat suka-suka ke block jalan tu. Dorang dapat arahan dari semasa ke semasa kot. Dah la tengah panas-panas, terdedah pada bahaya lalulintas, selamba je nak marah-marah polis tu.

Moral of the story
Kita ni sebagai pengguna jalan raya ni, tolong la bagi kerjasama pada mereka tengah bertugas tu. Bawa-bawa la bertenang.  Cuba kalau kita kat tempat dorang tu. Fuhh larik dah kot. Hargailah mereka-mereka ni. #respect

Salah satu pendatang STRESS dalam diri kita ialah LAMBAT. 

Selamat beramal...

Pekan Station antara Western Food murah di Kampung Baru

$
0
0
Aku sebenarnya dah lama dah tak lepak malam-malam area Kampung Baru ni. Waktu siang tu ada la, kadang-kadang lunch hour makan kat area sini. Bila dah balik kerja tu, memang tak sini dah. Baru-baru ni berkesempatan la aku ke sini. Dinner gather-gather dengan geng blogger KBBA9. Fuhh meriah betul la Kampung Baru ni. Macam-macam ada kat sini, kedai makan, gerai merata-rata.

Pot kami malam tu kat Pekan Station, Kampung Baru. Antara restoran western food di Kampung Baru. Fulamak dia punya pemandangan dari luar. Nampak KLCC kaw... Romantik skali. Haha
Pekan Station, Kampung Baru
Pekan Station - Kampung Baru, Kuala Lumpur
Pekan Station, Kampung Baru
Pekan Station, Kampung Baru
Pekan Station, Kampung Baru
First skali sampai, tengok impression kedai dulu. Ramai orang tak? Fuhh, ramai-ramai. Macam best je, macam menarik je. Biasanya kalau ramai orang tu mesti sedap tu. Tak pun harga murah. Apa agaknya yang menarik kat sini ? Jap lagi kita serbu. Moh tengok menu dulu nak makan apa.. 
Menu Pekan Station | Western Food
Pekan Station, Kampung Baru
Wow, boleh tahan, harga makanan murah. Paling mahal pun RM16.00. Boleh sangat ni.
Pekan Station, Kampung Baru
Air buah pun murah. Semua murah-murah ni kita order semua je la. Haha, ehh... Melampau kaw jah. Meh meh tengok apa menarik kat sini. Jangan kaw terliur sudah. Haha.. 
Antara menu yang kami order malam tu. 
Pekan Station, Kampung Baru
 Mix Grill - RM16.00
Pekan Station, Kampung Baru
Chicken Chop - RM11.00
Pekan Station, Kampung Baru
Chicken Bleu - RM12.00
Pekan Station, Kampung Baru
Meatballs (10 pcs) - RM5.00
Pekan Station, Kampung Baru
 Mix Grill Pasta - RM16.00
Pekan Station, Kampung Baru
Lamb Chop - RM16.00
Pekan Station, Kampung Baru
Chicken Grill Pasta - RM11.00
Pekan Station, Kampung Baru
Chicken Boxing - RM8.50
Pekan Station, Kampung Baru
Tudiaaa melantak ! Banyak portion ni. Puas hati dapat makan banyak ni. Ni aku ambik Mix Grill Pasta. Srlppp ! Kenyang bak ang...
Pekan Station, Kampung Baru
Ni semua pakat-pakat order air buah + asam boi. Tembikai Asam Boi, Epal Asam Boi, Limau Asam Boi.. Hmmm dapnyer.. 

Meriah gak kawasan ni. Customer silih berganti haha.. Order tak tunggu lama, siap! Ok la tu.. Mood tak hilang. 

Yang menarik lagi, kalau tak nak makan kat kedai, ada servis penghantaran. Wow ! ada Delivery tu. Tapi penghataran ni sekitar Kampung Baru saja hehe. Area Hospital Kuala Lumpur (HKL), Pusrawi,  IJN dan sekitar dengannya. Best la yang sok dekat-dekat boleh call delivery. Dengar kata delivery tu boleh sampai ke Wad pesakit. Wah wah makan western la kat spital. Takde la jemu makan makanan spital. Hehe..
Untuk penghantaran, minimum order kena lah RM30 ke atas. Plus minus tu boleh la nak nego dengan owner tu. Takde hal punyalah. Yang penting makan sedap, murah dan puas hati...

Untuk maklumat lanjut, boleh refer kat bawah.


Facebook : Pekan Station
Instagram : Pekan Station
Website : Pekan Station
Waktu Operasi : 6.00 petang -1.00 ke 2.00 pagi (bergantung keadaan)

Captain America Civil War Movie Review

$
0
0
Semalam tayangan perdana Marvel Captain America | Civil War. Fuhhh ramai giler yang tunggu movie ni. Sanggup tengok tayangan midnight. Dorang ni minat sangat ke citer ni atau risau movie spoiler ? Hahaha.. Aku ? 
Misi kali ni nak buat movie spoiler. Maklum la ramai kawan-kawan yang minat movie ni. Captain America Civil War ni dah siri ke 3, yang first Captain American, The First Avenger dan kedua The Winter Soldier. Dah lama tunggu movie ni since trailer dah kuar 2015 lagi. Dengan misi pencarian bakat-bakat pelakon dari Asia Tenggara lagi. Perghh aku rasa ramai tak nak miss movie ni.

Aku dah send beberapa bukti aku beli tiket online.. screenshot dalam wayang so dorang yakin dengan aku.
Captain America Civil War Movie Review 
Captain America Civil War Movie Review 
By the way, aku terpaksa spoil kan mood-mood korang ni boleh? Haha ada aku kesah, nanti takde la rugi korang bayar tiket mahal-mahal tapi hampa ! Kan ? 

Jeng-jeng-jeng.... Rumusannya...
Konon-konon capture movie dalam wayang. Gambar blur sebab tengok 3D.. Background gelap kan dalam wayang.. Actually ianya screenshot dari youtube. Gambar bawah ni..
 Screenshot dari Youtube.. Padahal Trailer je.. Bukan dalam wayang pun.. 


Booking tiket ni sebenarnya aku google. Jumpa code confirmation GSC movie Mission Impossible. So aku screenshot dan edit ganti Captain America... Kalau aku bagi barcode full nanti kantoi.. So aku crop setengah. Hasilnya kat bawah ni..
So dapat la screenshot ni. Lalalala macam real je. 

Gigih pulak aku buat semua ni. Rekaan semata-mata je. Aku belum tengok lagi sebenarnya.. Yang korang baca ni kenapa. Rugi baca review ! Pergi tengok sendiri la kat wayang. Baru puas hati. Lain orang lain pendapat, ada orang suka grafik dia, ada orang suka script dia, ada orang suka pelakon dia.. So pendapat lain-lain. Movie tu best ke tak best belakang kira. Tonton dulu sebelum baca review. !! Selamat menonton.. 

Maafkan daku ! Jangan kecam aku..

Semua bahan di atas adalah sumber dari Google.. harap maklum..

Tournament Bowling KBBA9 | K.Roger's Butter Cookies

$
0
0
Kesibukkan blogger-blogger Kelab Blogger Ben Ashaari @ KBBA9 diteruskan lagi, bukan setakat sibuk berblogging, menulis, review je, kami juga bersukan, kami beriadah, kami gather-gather dan lagi dan lagi. Lepas aktiviti futsal, kali ni kami main Bowling pulak. Ini tournament ni bukan yang main-main punya... "Main bowling sambil makan Cookies" boleh gitu ? Haha, nampak tak, kami bukan sekadar blogger je. Apa apa pun boleh. Lokasi di Ampang Superbowl, Bangi Gateway.
Tournament Bowling KBBA9 | K.Roger's Butter Cookies
Fuhh rasa macam dah 2,3 tahun tak main bowling. Agak-agak boleh hayun lagi ke tak. Try je la, kalau masuk longkang tu stendet la. Kalau strike je luar biasa. Haha..
Antara geng-geng yang join tonomen. Ramai gak yang main, dan rupanya ramai gak yang teror main. Bagus-bagus aku suka, mana tau nanti boleh main wakil kelab. Serius meriah giler. Macam-macam ragam dorang ni termasuk aku la. Kami dibahagi kepada beberapa kumpulan.
Sohoque, Kechik, Lan Careno, Redscarz 
Ni group kami. Kumpulan KATAK. Amboi kemain possing. Semua badan sado sado tiba-tiba ada seorang kecik. Nama pun KECHIK.. Paling happening budak kechik ni la.. Asyik buat bola magic.. Hahaha.. Yang belakang aku ni Mera, interframe je. Bukan team aku... Tangan tu tangan lan careno bukan tangan mera... Suspen je.. Hehehe


Setiap orang kena main 3 round. Makaihh ! Boleh lenguh gini. Takpe main puas-puas. Bukan selalu dapat main ramai-ramai ni. Ni result group kami sepanjang  3 round. Aku ! Perghh power gak haha... DR tu aku la (Daus Redscarz)

Round 1
Round 2
Round 3 
Makin lama markah makin merudum ! Penat ke apa? Hahah.. Lawak betul la... 
Apapun aku tetap mendahului markah keseluruhan dalam group kami. Pencabar terdekat Lan Careno dan Sohoque takleh wat per. Terpaksa mengalah dengan aku. Hahaha.... 

Antara pemenang-pemenang bagi Tournament Bowling KBBA9 Edisi 2016


Kategori kumpulan 

Tempat Pertama - Kumpulan Panda


Kategori Individu Wanita
Tempat Pertama - Mas Saari


Kategori Individu Lelaki
Tempat Pertama
Macam tak caya je aku, budak Razi ni juara individu ! Grrr
Tempat Kedua - Papa Kluangman
Tempat Ketiga - Aznan

Tempat Keempat - Daus Redscarz
Eh-eh aku pun dapat. Hebat-hebat ! Sib baik penganjur tambah hadiah untuk tempat ke-4. Kikiki.. Kalau tak melepas la aku.. Alhamdulillah rezeki..
Group Photo Kelab Blogger Ben Ashaari | KBBA9
Terima kasih buat penaja kami hari tu, K.Roger's Butter Cookies Menaja main bowling sambil makan cookies. Semuanya sedap-sedap ! Kalau sapa teringin nak rasa Butter Cookies boleh roger atau check facebook K.Rogers Butter Cookies

Ada 4 flavor iaitu..
✔ Almond & Cocoa Chips
✔ Blueberry
✔ Raspberry & Almond Chips
✔ Cornflakes & Cereal



Cosmoderm

Viewing all 773 articles
Browse latest View live